2011年5月9日 星期一

Usaha-usaha Mengekalkan Perpaduan Kaum Di Malaysia

     Perpaduan sangat penting kerana perpaduan akan menjadikan negara kita kukuh dan utuh, Lantaran itu, sebagai negara yang berbilang kaum, kita perlu bersatu padu untuk mempertahankan negara. Pepatah bersatu teguh, bercerai roboh dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing hendaklah menjadi pegangan setiap generasi. Fenomena negara di dunia yang telah dijajah atau dikalahkan oleh negara-negara lain akibat daripada tidak bersatu padu hendaklah dijadikan iktibar. Pelbagai usaha yang drastik haruslah dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.      
        Salah satu prakarsa yang drastik untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia adalah untuk merealisasikan hasrat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia dengan pengenalan sekolah wawasan. Hal ini demikian kerana, melalui sekolah wawasan, pelajar yang terdiri daripada variasi kaum akan belajar dan berinteraksi dengan bersama-sama. Dengan ini, proses ini akan mengukuhkan perpaduan kaum dan dapat hidup dengan aman dan harmoni bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Akhirnya, Malaysia akan terus gah di mata dunia sebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni.
       Selain itu, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu diberi perhatian. Bagi memastikan perpaduan terus berkekalan, Jawatankuasa Komuniti taman-taman perumahan boleh merancang dan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan taman. Sebagai contohnya, aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan ahli masyarakat menyingsing lengan membersihkan longkang, mengutip sampah dan menanam pokok bunga malah memberi peluang kepada mereka untuk bersemuka, bertegur sapa dan saling memahami hati budi antara satu sama lain. Dengan ini, perpaduan kaum merupakan wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat global dan glokal akan dapat dimantapkan.
       Seterusnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan sambutan secara meriah untuk meraikan perayaan kaum dan agama di negara. Sambutan tersebut telah diadakan di peringkat kebangsaan dan melibatkan segenap lapisan masyarakat. Sambutan ini yang dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan di beberapa lokasi utama di negara ini. Oleh hal yang demikian, perhimpunan perpaduan seumpana ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah dikagumi oleh pelancong asing seantareo pelosok dunia. Justifikasinya, Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan setiap tahun dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran rakyat untuk meneruskan kehidupan di negara ini.
      Akhirulkalam, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin, hujan, makan, dan minum sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke mana-mana sahaja, bebas bekerja dan bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu, untuk mengecapi kebebasan ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan dan terus dimantapkan. Dengan itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk terus mengekalkan perpaduan negara kerana membina perpaduan memakan masa puluhan tahun tetapi meranapkannya akan mengambil masa sehari.

Langkah skor karangan:
1) Tak pandai menggunakan perkataan, skor kesalahan dulu!
2) Dah gramatis, skor perkataan luas!
3) Dah pandai guna perkataan luas, skor PERIBAHASA!
4) Dah pandai guna peribahasa, SKOR KARANGAN yang CEMERLANG!

3 則留言: