顯示具有 BM 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 BM 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年11月21日 星期四

Kepentingan Berbudi Dalam Kalangan Masyarakat (Soalan 5)

One of the questions from Facebook. It's also listed as the spotted question. (But this type of question has come out on 2008 November SPM) Take a look and refer :)


Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Berdasarkan maksud pantun tersebut, huraikan kepentingan hidup berbudi dalam masyarakat.


Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;

Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.


               Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, amalan berbudi dalam kalangan mujtamak kian lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam gejala jenayah seperti gengsterisme, vandalisme, dan pornografi sering terpapar pada dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari Negara-negara barat seperti Belanda, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah Negara yang demokratik dan mengamalkan dasar buka pintu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negara. Oleh sebab itu, masyarakat kita tidak dapat lari daripada pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat. Seyogianya, budaya berbudi perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana terdapat kepentingannya kepada golongan masyarakat.

                 Seperti yang telah kita sedia maklum, salah satu kemaslahatan amalan berbudi dalam kalangan masyarakat adalah dapat mewujudkan perpaduan antara pihak mujtamak berbilang etnik di Negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi akan saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, taraf dan umur individu tersebut. Dengan ini, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan ceria walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza daripada aspek budaya, adat dan kepercayaan. Secara tidak langsung, pertelingkahan dan perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan Negara yang ke-51, iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan “Perpaduan Teras Kejayaan”, telah jelas menunjukkan kepentingan perpaduan kaum dalam Negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Peribahasa Melayu pernah mengatakan bahawa “bersatu teguh, bercerai roboh” dan peribahasa ini telah menunjukkan bahawa Negara tersebut dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan Negara dengan mudah apabila masyarakat bersatu.

                  Jika kita telusuri dari skor yang lebih luas, amalan berbudi dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada era tersebut dapat Berjaya membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti apabila tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang seperti kontemporari. Walau bagaimanapun, senario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam zaman jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah.

                  Dari kaca mata yang lain, industry pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat yang bertatasusila dan berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini signifikan agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap Negara kita dalam diri pelancong. Bukan itu sahaja, pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Tatkala itu, para pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan iltizam yang lebih signifikan dengan sentiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun seyogia dijadikan entiti misali kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi bahasa. Misalnya, ucapan “irasshaimase” yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tanpa mengira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Tegasnya, budaya murni ini patutlah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat menikmati percutian yang menyeronokkan di Negara kita.

                     Seterusnya, seandainya kita tinjau dari sudut perspektif yang lain, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan sekiranya wujudnya amalan berbudi dalam kalangan masyarakat. Pemimpin yang berwibawa akan dapat mentadbir Negara dengan lancer kerana mendapat sokongan padu daripada rakyat. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan aset yang sangat bernilai dan unggul kepada Negara kerana mereka akan beriltizam menjadi generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan Negara. Senario ini selaras dengan “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Oleh itu, budi bahasa mestilah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat menghindari kancah gejala social, Bukan itu sahaja, pemimpin yang berbudi juga dapat meningkatkan imej Negara kerana pemimpin dari Negara lain akan kagun dan menghormati Negara kita. Ironinya, hubungan diplomatic bagi menjamin kemajuan dan keselamatan Negara dapat dijalankan dengan mudah. Dengan itu, Negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Negara lain. Selain itu, Negara kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan hal ini akan menjadi kebanggaan masyarakat kita.

                      Akhirulkalam, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi yang sepatutnya menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dilestarikan, dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri yang ke-5, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengatakan bahwa Negara kita akan mudah dikalahkan sekiranya kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentality kelas ketiga. Oleh hal yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk Negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf Negara maju untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Negara-negara gergasi lain di seantero dunia. Dalam menanam amalan berbudi dalam diri setiap individu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni perlulah diimplimentasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya amalan berbudi. Bukan itu sahaja, semua pihak haruslah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Seiring dengan itu, kita berharap agar menjelang tahun 2020, tabiat negative sudah lupus daripada memori setiap rakyat Malaysia supaya Negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepentingan amalan berbudi dalam masyarakat terpapar dalam pantun di bawah:


Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,

hutang budi dibawa mati.

2011年11月8日 星期二

Papa

Novel Papa 【Tingkatan 4】


~> 太过无聊,无意间碰到这个网站

听说故事情节很荒谬的。。。

2011年10月24日 星期一

Peribahasa SPM

ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu

air muka rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan

anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa anak yang disayangi oleh bapa
anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin negara-negara di sebelah barat
atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut orang yang banyak bercakap
batu api orang yang suka menghasut
batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati

bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh
bawah angin negara-negara di sebelah timur
bekas tangan hasil kerja tangan seseorang
beralih akal berubah fikiran atau pendapat
beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati enggan; malas
berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang orang yang malas bekerja
berat sebelah tidak berlaku adil
berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
berhati batu degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua tidak jujur
bertikam lidah bertengkar; berdebat
besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hati bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata anak
cakar ayam tulisan yang buruk
campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangan suka mencuri
dalam tangan sudah pasti akan diperoleh
darah daging anak kandung
durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh

gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta

harga diri maruah atau kehormatan seseorang
harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu degil atau keras hati
hidung tinggi sombong atau tinggi diri
hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri

ikat perut menahan lapar kerana berjimat
iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hati perasaan dalam hati
jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol suka minum minuman keras
kecil hati berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin perangai yang tidak menentu
kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan bernasib baik
langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudung cepat membuat kerja
lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan



makan angin bersiar-siar untuk berehat
makan suap menerima rasuah
malu-malu kucing berpura-pura malu di hadapan orang
mandi peluh bekerja kuat
mati katak mati dengan sia-sia
membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri tahu menjaga diri
membuka jalan memberi laluan kepada orang lain
membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati lucu; menggelikan hati
mengabui mata cuba memperdaya; menipu
mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya

mengambil angin bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat memberi sepenuh perhatian
mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok tidak berasa malu
mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati suka derma; tidak kedekut
naik angin terlalu marah
nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati
orang atasan orang yang berpangkat tinggi
otak cair pintar atau bijak
otak kering kurang siuman
otak udang bebal atau bodoh
paku belanda barangan yang tetap harganya
panas hati meradang atau marah
panjang tangan suka mencuri
pasang telinga mendengar dengan teliti
pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut pertengkaran
pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari
putih hati ikhlas; jujur
putih mata mengalami kekecewaan
rabun ayam penglihatan yang kurang jelas
rambang mata sukar membuat pilihan
ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang
sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering orang yang kedekut
tawar hati tidak mempunyai minat lagi
tebal muka tidak tahu malu
telinga kuali tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah tajam pendengaran
telinga nipis cepat marah atau meradang
terang hati mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
tin kosong bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh


2011年5月9日 星期一

Usaha-usaha Mengekalkan Perpaduan Kaum Di Malaysia

     Perpaduan sangat penting kerana perpaduan akan menjadikan negara kita kukuh dan utuh, Lantaran itu, sebagai negara yang berbilang kaum, kita perlu bersatu padu untuk mempertahankan negara. Pepatah bersatu teguh, bercerai roboh dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing hendaklah menjadi pegangan setiap generasi. Fenomena negara di dunia yang telah dijajah atau dikalahkan oleh negara-negara lain akibat daripada tidak bersatu padu hendaklah dijadikan iktibar. Pelbagai usaha yang drastik haruslah dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.      
        Salah satu prakarsa yang drastik untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia adalah untuk merealisasikan hasrat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia dengan pengenalan sekolah wawasan. Hal ini demikian kerana, melalui sekolah wawasan, pelajar yang terdiri daripada variasi kaum akan belajar dan berinteraksi dengan bersama-sama. Dengan ini, proses ini akan mengukuhkan perpaduan kaum dan dapat hidup dengan aman dan harmoni bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Akhirnya, Malaysia akan terus gah di mata dunia sebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni.
       Selain itu, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu diberi perhatian. Bagi memastikan perpaduan terus berkekalan, Jawatankuasa Komuniti taman-taman perumahan boleh merancang dan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan taman. Sebagai contohnya, aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan ahli masyarakat menyingsing lengan membersihkan longkang, mengutip sampah dan menanam pokok bunga malah memberi peluang kepada mereka untuk bersemuka, bertegur sapa dan saling memahami hati budi antara satu sama lain. Dengan ini, perpaduan kaum merupakan wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat global dan glokal akan dapat dimantapkan.
       Seterusnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan sambutan secara meriah untuk meraikan perayaan kaum dan agama di negara. Sambutan tersebut telah diadakan di peringkat kebangsaan dan melibatkan segenap lapisan masyarakat. Sambutan ini yang dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan di beberapa lokasi utama di negara ini. Oleh hal yang demikian, perhimpunan perpaduan seumpana ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah dikagumi oleh pelancong asing seantareo pelosok dunia. Justifikasinya, Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan setiap tahun dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran rakyat untuk meneruskan kehidupan di negara ini.
      Akhirulkalam, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin, hujan, makan, dan minum sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke mana-mana sahaja, bebas bekerja dan bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu, untuk mengecapi kebebasan ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan dan terus dimantapkan. Dengan itu, semua pihak haruslah bermuafakat untuk terus mengekalkan perpaduan negara kerana membina perpaduan memakan masa puluhan tahun tetapi meranapkannya akan mengambil masa sehari.

Langkah skor karangan:
1) Tak pandai menggunakan perkataan, skor kesalahan dulu!
2) Dah gramatis, skor perkataan luas!
3) Dah pandai guna perkataan luas, skor PERIBAHASA!
4) Dah pandai guna peribahasa, SKOR KARANGAN yang CEMERLANG!