顯示具有 Sej 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 Sej 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年11月21日 星期四

Hijrah (SPM Esei)

(a) Apakah yang anda faham tentang maksud hijrah? (4-6 markah)

Hijrah bermaksud berpindah, iaitu perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah. Perpindahan ini bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Islam dan merupakan salah satu strategi untuk menyebarkan Islam. Dalam sudut bahasa, hijrah bermaksud perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kejahatan.Hijrah juga merupakan lambang semangat ingin berubah seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku. Orientalis Barat pula menganggap bahawa hijrah merupakan pelarian.


(b) Jelaskan sebab hijrah terjadi. (8-10 markah)

Faktor penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah ialah perintah Allah menerusi wahyu. Orang Arab Quraisy berpakat untuk membunuh Nabi. Perkara tersebut mengenai surah al-Anfal. Selain itu, Nabi ingin meneruskan penyebaran Islam. Peristiwa hijrah merupakan langkah sebagai strategi untuk memperkukuh kedudukan Islam di Madinah. Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa suasana aman di Madinah akan memudahkan penyebaran dakwah Islamiah. Seterusnya, peristiwa hijrah berlaku keran nabi diperlukan untuk menyatupadukan penduduk Madinah yang tediri daripada berbilang bangsa dan agama. Nabi juga berhijrah disebabkan jemputan orang Aus dan Khazraj. Persengketan suku Aus dan Khazraj saling bertelangkah sesama kaum lain dan aktiviti perdagangan dikuasai oleh orang Yahudi. Masyarakat Madinah memerlukan pemimpin seperti Nabi untuk membantu menyelesaikan persengketan antara kedua-dua kaum. Akhir sekali, Nabi berhijrah ke Madinah kerana ingin mendirikan sebuah negara Islam.


(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa hijrah? (4-6 markah)

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, iktibar yang saya peroleh daripada peristiwa hijrah termasuklah kita haruslah berlatih menjadi pemimpin yang bijaksana dan bewibawa. Kita haruslah cekap mentadbir sesebuah negara. Perpaduan rakyat amat penting untuk mewujudkan keharmonian sesebuah negara. Kita juga haruslah bersikap terbuka untuk menerima apa-apa pandangan dan berpandangan jauh supaya bersedia menerima perubahan kepada negara tersebut. Kita juga haruslah bersikap toleransi antara satu sama lain supaya pertelingkahan dan perselisihan faham dapat dielakkan. Kita juga haruslah berilmu pengetahuan supaya dapat membangunkan sesebuah negara.



BONUS QUESTION
Orientalis barat menyatakan hijrah sebagai satu pelarian. Bincangkan. (4 markah)

-         - Hijrah nabi dan orang Islam ke Madinah kerana jemputan masyarakat Madinah
-         - Ketibaan orang Islam telah disambut dengan rela hati dan meriah
-          -Orang Islam telah diberi tempat tinggal dan kediaman
-          -Orang Islam telah dijamin kehormatannya
-         - Nabi Muhammad sendiri telah dilantik sebagai pemimpin masyarakat Madinah



Salam mengulang kaji! :)

Zaman Gelap (SPM Esei)

(a) Nyatakan ciri-ciri zaman gelap di Eropah. (8-10 markah)

Ciri-ciri zaman gelap di Eropah adalah seperti berikut; Dari segi politik, tiada wujudnya pentadbiran pusat yang berkesan. Oleh itu, wujudnya golongan baron (tuan tanah). Petani yang miskin terpaksa mendapat perlindungan dan keselamatan daripada golongan baron. Golongan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah. Bagi rakyat yang tidak mampu membayar cukai, mereka terpaksa menjual tanah kepada baron. Mereka juga terpaksa menjadi hamba kepada golongan tuan tanah. Golongan baron juga mendapat perlindungan daripada golongan raja. Sebagai balasan, golongan baron terpaksa membayar cukai dan meyerahkan perkhidmatan tentera kepada golongan raja. Ikatan hubungan antara golongan petani dengan golongan baron dan golongan baron dengan raja telah mewujudkan sistem feudal di Eropah. (kalau ingat pasal tentang gereja pun boleh tulis jua!)

Dari segi ekonomi, Eropah mengalami kemerosotan perdagangan. Kegiatan perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar. Kawasan persekitaran laut Mediterranean dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam.Oleh itu, masyarakat Eropah pada zaman Gelap terpaksa tertumpu kepada kegiatan pertanian. Aktiviti pertanian mereka dijalankan secara sara diri. Mereka juga terpaksa mengamalkan sistem barter kerana penggunaan mata wang yang terhad.


(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah persamaan antara masyarakat Melayu tradisional dengan masyarakat feudal di Eropah? (4-6 markah)

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, persamaan antara masyarakat Melayu tradisional dengan masyarakat feudal di Eropah termasuklah; seperti di Eropah dan Tanah Melayu, pemerintah diketuai oleh raja. Raja memiliki tanah dan kekayaan secara mutlak. Pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan (pembesar). Raja menghadiahkan tanah kepada pembesar untuk ditadbir. Sebagai ganjaran, pembesar akan membayar cukai dan menyediakan perkhidmatan tentera kepada raja supaya pembesar mendapat perlindungan dan keselamatan daripada raja. Seterusnya, rakyat akan membayar cukai kepada pembesar. Di Tanah Melayu, sebahagian hasil tanaman diserahkan kepada pembesar sebagai penghargaan pembesar menyediakan tanah. Sistem ini dikenali sebagai sistem serah.


(c) Pada pandangan anda, apakah iktibar zaman gelap di Eropah kepada generasi muda pada masa ini? (4-6 markah)

Pada pendapat saya, iktibar zaman gelap di Eropah kepada generasi kini termasuklah untuk memajukan sesebuah negara, kegiatan perdagangan haruslah dimajukan. Kita haruslah prihatin terhadap kebajikan dan kepentingan masyarakat dan mengelakkan masalah kebuluran dan kemiskinan. Kita juga mestilah mempunyai semangat inkuiri untuk mengubah peristiwa dan unsur dari situasi yang negatif ke situasi yang positif. Kita juga haruslah mempunyai sikap kreatif dan inovatif untuk mereka cipta sesuatu benda untuk membantu membendung sesuatu masalah. Kita haruslah bersikap terbuka serta berpandang jauh untuk merancang masa hadapan negara kita. Kita haruslah bersatu padu dan berganding bahu mengatasi sesuatu masalah bagi menjamin keamanan negara.



BONUS QUESTION:
Apakah maksud zaman gelap? (4 markah)

Eropah mengalami zaman kemunduran, iaitu zaman gelap selepas kejatuhan Rom Barat. Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan di Eropah. Zaman Gelap merujuk kepada kemerosotan perdagangan, ilmu dan pengetahuan dan kesusasteraan. Pada masa tersebut, tiada wujudnya pusat pentadbiran yang berkesan dan politik yang stabil. Zaman tersebut dikongkong oleh kuasa Gereja Katholik.




Salam mengulang kaji! :)

Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan (SPM Sejarah)

4.Pembangunan dan perpaduan utk kesejahteraan. (BAB 8 Ting. 5)

(a) Senaraikan 2 dasar pembangunan ekonomi dan sosial yg dilaksanakan oleh kerajaan? (2 markah)
i. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
ii. Sukan Untuk Perpaduan

(b) Berikan 2 langkah yang dapat diambil bagi memajukan bahasa Melayu. (2 markah)
i. Pelaksanaan Dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris)
ii. Menubuhkan Dewan Bahasa Dan Pustaka 1956

(c) Bagaimanakah aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan nasional di negara kita? (3 markah)
i. Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah (MSSM)
ii. Mengadakan SUKMA setiap dua tahun sekali
iii. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum sekolah dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang bangsa

(d) Jelaskan usaha yang perlu anda lakukan untuk menjayakan dasar pembangunan negara. (3 markah)
i. Memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum
ii. Menyokong dasar 1 Malaysia
iii. Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara
ivmenghormati semua orang tanpa mengira latar belakang, 
v. menanamkan nilai murni dalam diri.

Nasionalisme di Malaysia Hingga Perang Dunia Kedua (SPM Sejarah)

Nasionalisme di Malaysia hingga perang dunia ke-2 (BAB 2 Ting.5)

(a) Namakan 2 tokoh gerakan islah. (2 markah)

i. Syeikh Tahir Jalaludin
ii. Syed Syeikh Al-Hadi

(b) Berikan 2 akhbar dan majalah yg menyebarkan idea gerakan trsebut. (2 markah)

i. Pengasuh
ii. Al-Iman
iii. Idaran Zaman
iv. Neracha  

(Formula = P.A.I.N.)

(c) Apakah idea-idea yang diperjuangkan oleh gerakan itu? (2 markah)

i. Gesaan untuk memajukan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan orang Melayu 
ii. Menyemat sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam

(d) Mengapakah gerakan Islah kurang mendapat sambutan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu? (2 markah)

i. Terdapat undang-undang yang menghalang pengaruh gerakan Kaum Muda
ii. Mereka tidak dibenarkan melakukan dakwah Islam tanpa kebenaran sultan
iii, Fahaman Kaum Muda berbeza dengan fahaman kaum Tua

(e) Andaikan anda menjadi pengerusi persatuan sejarah di sekolah anda, nyatakan usaha anda untuk menjayakan persatuan tersebut. (2 markah)

i. Menlancarkan pelbagai jenis aktiviti sejarah yang menarik minat pelajar
ii. Berani membuat perubahan dalam persatuan tersebut

Dasar British & Kesannya Terhadap Ekonomi Negara (SPM Sejarah)

2. Dasar British dan Kesannya terhadap Ekonomi negara (BAB 10 Ting.4)

(a) Senaraikan 2 jenis undang-undang tanah yang telah diperkenalkan oleh penjajah tersebut. (2 markah)

i. Akta Tanah Simpanan Melayu
ii. Peraturan Tanah Perak 1879

(b) Jelaskan undang-undang tanah di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah. (2 markah)

i. tanah tersebut boleh diwarisi oleh generasi yang kemudian
ii. sistem pemilikan tanah tidak memiliki rekod sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.

(c) Mengapakah British memperkenalkan peraturan tanah yang baharu? (2 markah)

i. untuk memudahkan urusan pentadbiran
ii. untuk mengesahkan pemilikan tanah
iii. untuk membahagikan tanah mengikut nilai komersial

(d) Apakah kesan daripada pengenalan undang-undang tanah yang baharu ke atas masyarakat peribumi? (2 markah)

i. orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di kawasan Tanah Simpanan Melayu
ii. kawasan yang subur keluasannya terlalu kecil untuk menjalankan aktiviti penanaman

(e) Andaikan anda menjadi pemimpin masyarakat peribumi ketika itu, apakah tindakan yang akan anda ambil bagi mengelakkan tanah masyarakat peribumi terlepas ke tangan orang asing? (2 markah)

i. Menyatupadukan masyarakat peribumi untuk menentang pelaksanaan undang-undang tanah
ii. Menganjurkan persidangan antara pemimpin masyarakat peribumi dengan pihak orang asing untuk membincangkan kepentingan tanah tersebut kepada kedua-dua pihak dan mencapai satu cara penyelesaian yang saksama kepada mereka.

Tamadun Hwang Ho (SPM Bahagian Struktur)

1(a) Berikan nama 2 buah dinasti yang pernah memerintah dalam tamadun Hwong Ho. (2 markah)
i. Dinasti Chou
ii. Dinasti Shang


(b) Senaraikan 2 sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia. (2 markah)
i. Sistem kalendar di mana 30 hari sebulan dan 360 hari setahun

ii. Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang

(c) Apakah yang telah dicapai oleh tamadun tersebut dalam bidang pertanian? (2 markah)
i. Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
ii. Pengenalan teknologi pembajakan seperti cangkul dan sabit

(d) Mengapakah pertanian penting dalam kemajuan sesebuah tamadun? (2 markah)
i. Sumber makanan masyarakat tamadun tersebut
ii. Meningkatkan ekonomi sesebuah tamadun

(e) Pada pendapat anda, apakah usaha yang telah dijalankan bagi memajukan bidang pertanian di Malaysia? (2 markah)
i. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian (R&D)
ii. Pertukaran teknologi dan maklumat dengan negara yang  maju dalam bidang pertanian

Dasar Luar Malaysia (Tema 12 SPM Sejarah SPOT)

[Soalan Esei No 11. SBP 2013]

Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa mengikut perubahan masa dan perkembangan dunia.


(a) Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia. (6 markah)

- Menjamin keselamatan rakyat dan negara.
- Memelihara kepentingan nasional
- Mengekalkan kedaulatan negara
- Menggalakkan pembangunan dan kemajuan negeri
- Mengekalkan keamanan sejagat
- Melalui kesejahteraan antarabangsa
- Menjadi warga global yang bertanggungjawab
- Peka terhadap usaha-usaha memupuk kesejahteraan dunia
- Berbaik-baik dengan semua negara


(b) Mengapakah dasar luar negara pada tahap pertama bersifat pro-Barat? (7 markah)

- Dasar probarat dan antikomunis
- Kerana ancaman komunis dalam negara
- Melalui Parti Komunis Malaya
- Malaysia memerlukan bantuan pertahanan negara-negara Komanwel
- Untuk menyekat ancaman komunis
- Menandatangani perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu
British memberi bantuan kepada Malaysia
- Sekiranya diserang oleh mana-mana negara
- Menjalankan dasar berbaik-baik
- Dengan negara jiran kerana pernah berlaku krisis
- Contohnya konfrantasi dengan Indonesia semasa pembentukan Malaysia
Terputus hubungan dengan Filipina
Keluarnya Singapura dari Malaysia tahun 1963
- Malaysia bergantung kepada British untuk menjaga kepentingan ekonomi
- Untuk pasaran getah dan biji timah serta pelaburan modal


(c) Dasar luar Malaysia mulai berubah daripada dasar pro-Barat kepada dasar berkecuali menjelang tahun 1970-an. Jelaskan (7 markah)

Kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu)
Kurangnya pengaruh Britain di timur
Pergolakan yang berlaku di Vietnam
- yang melibatkan 2 kuasa besar
- iaitu China dan Amerika Syarikat
- Matlamat dasar luar Malaysia dengan konsep Aman, Bebas dan Berkecuali
- Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara berfahaman komunis
- Menjamin persahabatan dengan semua negara terutamanya negara jiran.
- Malaysia mengadakan hubungan dilplomatik dengan Vietnam tahun 1976
Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi
- Dengan bantuan negara-negara jiran.




[Soalan Esei No 11. Terengganu 2013]


(a) Terangkan faktor-faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia. (8 markah)

(i) Faktor sejarah
- Hubungan dengan negara luar terjalin sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
- Hubungan lebih berbentuk hubungan perdagangan
- Pada masa itu telah terjalin hubungan Melayu serumpun di kepulauan Melayu
- Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai negara Komanwel
- Meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dengan negara Komanwel yang lain
Ancaman komunis mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis

(ii) Faktor Ekonomi
- Malaysia mengamalkan pasaran bebas
- Menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonomi
- Sejak zaman British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah
- Setelah merdeka, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut
Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing dari Jepun dan Korea digalakkan
- Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan negara-negara membangun dan negara Islam
- Meningkatkan pasaran barangan buatan Malaysia
-Mengadakan pelaburan di negara berkenaan

(iii) Faktor Politik
- Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri
- Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
Berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan piagam PBB
- Malaysia tegas dalam pendiriannya menyokong semua resolusi PBB

(iv) Faktor Geografi
- Malaysia mempunyai kedudukan strategik di Asia Tenggara
Bersempadan dengan kebanyakan negara di rantau ini
- Perairan menjadi lokasi utama kapal-kapal perdagangan dunia
- Meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia
- Keselamatan negara serantau

(v) Faktor Demografi
- Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduknya beragama Islam
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel
- Rakyat diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama
- Malaysia komited terhadap hak asasi manusia
- Menentang keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan



(b) Apakah faedah yang diperoleh hasil penyertaan Malaysia dalam pertububan ASEAN? (7 markah)

- Memastikan kestabilan politik
- Menjalinkan kerjasama dalam memajukan bidang pertanian
- Menjalin kerjasama perdagangan
- Membangunkan sektor perindustrian
- Meningkatkan taraf hidup penduduk hasil kerjasama pelbagai bidang dalam ASEAN
- Memastikan keamanan di rantau Asia Tenggara
Bebas daripada campur tangan asing
Meningkatkan hasil eksport negara
- Memajukan bidang penyelidikan
- Memajukan bidang pendidikan
Bekerjasama menjaga keselamatan di sempadan/perairan negara
- Meningkatkan KDNK negara
Penubuhan RECSAM di Pulau Pinang/ pusat serantau untuk sains dan matematik
- Menyelesaikan segala permasalahan melalui semangat kerjasama



(c) Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda dapat menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara serantau? (5 markah)

- Mengadakan hubungan diplomatik
- Mengutamakan semangat setiakawan
Tidak campur tangan dalam urusan negara jiran
Mengutamakan rundingan
- Menyertai sukan SEA/ kerjasama dalam bidang sukan
Mengadakan pertukaran pelajar di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi
Kerjasam dalam bidang kebudayaan
- Pertukaran maklumat
- Kerjasama dalam bidang keselamatan
Mengadakan kunjungan hormat


Salam mengulang kaji! :D

Gerakan Islah (Tema 10 SPM Spot)

Apakah maksud Gerakan Islah? (6 markah)

- Gerakan Pan-Islamisme sedunia merupakan gerakan intelektual yang membangkitkan pemahaman terhadap Islam.
- Gerakan ini juga berjuang untuk menentang penjajahan Barat terhadap negara-negara lain.
- Pencetus gerakan ini ialah Syeikh Muhammad Abduh dan Universiti Al-Azhar Mesir
- Kesannya, penuntut dari Tanah Melayu telah membawa balik cara perjuangan ini di Tanah Melayu
- Perjuangan mereka dikenali sebagai Gerakan Islah (gerakan pembaharuan)
- Mereka berjuang untuk membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam
- Justeru, perjuangan Islam berlandaskan dunia dan akhirat
- Mereka yang berjuang dalam gerakan Islah ini dikenali sebagai Kaum Muda
- Antara tokoh-tokohnya ialah, Syeikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh Al-Hadi dan Dr.Burhanudin Al-Helmi



Nyatakan cadangan kaum Muda. (4 markah)

- Gesaan untuk memajukan ekonomi/pendidikan/politik/sosial orang Melayu
- Menyemat sikap mengkritik penjajah di fikiran orang Islam
Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
- Menekankan kepentingan belajar sejarah, ketukangan, perniagaan dan perubatan
- Menyarankan supaya ibu bapa menghantar anak perempuan ke sekolah.



Bagaimanakah cara Kaum Tua menyekat perjuangan Kaum Muda? (4 markah)

- NNM telah mengeluarkan undang2 bagi menghalang pengaruh kaum Muda
- Undang2 ini tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan
- Undang2 ini tidak membenarkan risalah/buku kaum Muda dibawa masuk ke NNM
- Kesannya, gerak Kaum Muda hanya terhad di negeri2 tidak bersultan




Bagaimanakah cara Kaum Muda memperjuangkan idea mereka? (4 markah)

- menubuhkan beberapa buah madrasah
- menjalankan sistem pendidikan Islam
- Pendidikan Islam meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat
- Memberi peluang pendidikan kepada pelajar perempuan
- Menggunakan akhbar sebagai saluran Gerakan Islah seperti akhbar Al-Iman, Neracha, Pengasuh, Idaran Zaman




Salam mengulang kaji :D

Tamadun Hwang Ho (Tema 7 SPM Sejarah Spot)

Apakah yang anda faham mengenali sistem pemerintahan Tamadun Hwang-Ho? (8 markah)

- Dalam Tamadun Hwang Ho terdapat Dinasti Shang dan Dinasti Chou
- Pemerintahannya berbentuk pemerintahan beraja
- Pengganti raja ialah anak lelaki paling muda
- Percaya kuasa raja ialah mandat dari Tuhan
- Jika raja memerintah dengan adil, rakyat menikmati kemakmuran
Wabak penyakit dan bencana alam menggambarkan raja kehilangan mandat.
- Raja dibantu oleh golongan bangsawan
- Bangsawan mentadbir wilayah
- Bangsawan memerintah secara sendiri
- Mereka berhak mengutip cukai, pertahanan dan undang-undang
- Pembesar mesti mengakui taat setia kepada raja
- Sebagai tanda taat setia, pembesar akan menyediakan hadiah dan tentera kepada raja
- Antara barangan hadiah ialah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang


Terangkan kepercayaan masyarakat dalam Tamadun Hwang Ho. (8 markah)

- Dalam Tamadun Hwang Ho, mereka banyak mengamalkan kepercayaan seperti animisme dan politeisme.
- Mereke turut melakukan penyembahan roh nenek moyang
- Mereka juga mempercayai terdapat Tuhan syurga (Shang-Ti) dan Tuhan bumi (Tu)
- Mereka juga menyembah gunung, sungai dan bukit.
- Dalam upacara penyembahan melibatkan muzik, tarian dan upacara korban
- Upacara korban pula, diketuai oleh bomoh
- Terdapat jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura, dikenali tulang oracle
- Fungsi tulang oracle ialah membuat ramalan
- rekahan tulang oracle melahirkan tulisan ideogram


Tuliskan sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada masyarakat dunia. (8 markah)

- antara sumbangan Tamadun Hwang Ho ialah, gelaran raja ditukar menjadi maharaja
- Raja dikaitkan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
- Mereka juga mahir dalam sistem pengairan
- Terusan dibina untu mengairkan pertanian, juga untuk mengelakkan banjir
- Terdapat kemajuan dalam teknologi pembajakan seperti cangkul dan sabit
- Pengenalan penggunaan batas untuk tujuan penanaman
- Pengenalan sistem tulisan ideogram, tulisan ini berkembang menjadi tulisan Korea dan Jepun
- Unsur keagamaan yang kekal hingga sekarang ialah pemujaan roh nenek moyang
- Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui masih diamalkan dalam masyarakat cina
- Sistem kalendar di mana sebulan 30 hari dan setahun 360 hari setahun turut diperkenalkan
- Amalan menggunakan kalendar untuk upacara perkahwinan, berburu dan pengebumian
- Sun Tzu telah menghasilkan karya The Art Of War yang membicarakan selok-belok perang, dan kini digunakkan sebagai strategi perniagaan



KBKK: Nyatakan iktibar yang boleh diambil daripada kemajuan Tamadun Hwang Ho bagi menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang. (6 markah)

- Mempunyai pemimpin berwibawa
- Pentingnya kestabilan politik
- Mewujudkan pentadbiran yang licin
- Mengutamakan ajaran agama
- Memajukan bidang pertanian
- Memelihara warisan negara
- Mengekalkan keharmonian dalam masyarakat



Salam mengulang kaji :D

2011年5月16日 星期一

Sejarah Tingkatan 3

由于太长,加上我这个老人家(mean懒啦!)
不愿一个一个打出来,
不过,我会帮你们找资料来读,
方便一点嘛!
Sejarah Tingkatan 3 <~ 在这