2013年11月21日 星期四

Dasar Luar Malaysia (Tema 12 SPM Sejarah SPOT)

[Soalan Esei No 11. SBP 2013]

Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa mengikut perubahan masa dan perkembangan dunia.


(a) Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia. (6 markah)

- Menjamin keselamatan rakyat dan negara.
- Memelihara kepentingan nasional
- Mengekalkan kedaulatan negara
- Menggalakkan pembangunan dan kemajuan negeri
- Mengekalkan keamanan sejagat
- Melalui kesejahteraan antarabangsa
- Menjadi warga global yang bertanggungjawab
- Peka terhadap usaha-usaha memupuk kesejahteraan dunia
- Berbaik-baik dengan semua negara


(b) Mengapakah dasar luar negara pada tahap pertama bersifat pro-Barat? (7 markah)

- Dasar probarat dan antikomunis
- Kerana ancaman komunis dalam negara
- Melalui Parti Komunis Malaya
- Malaysia memerlukan bantuan pertahanan negara-negara Komanwel
- Untuk menyekat ancaman komunis
- Menandatangani perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu
British memberi bantuan kepada Malaysia
- Sekiranya diserang oleh mana-mana negara
- Menjalankan dasar berbaik-baik
- Dengan negara jiran kerana pernah berlaku krisis
- Contohnya konfrantasi dengan Indonesia semasa pembentukan Malaysia
Terputus hubungan dengan Filipina
Keluarnya Singapura dari Malaysia tahun 1963
- Malaysia bergantung kepada British untuk menjaga kepentingan ekonomi
- Untuk pasaran getah dan biji timah serta pelaburan modal


(c) Dasar luar Malaysia mulai berubah daripada dasar pro-Barat kepada dasar berkecuali menjelang tahun 1970-an. Jelaskan (7 markah)

Kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu)
Kurangnya pengaruh Britain di timur
Pergolakan yang berlaku di Vietnam
- yang melibatkan 2 kuasa besar
- iaitu China dan Amerika Syarikat
- Matlamat dasar luar Malaysia dengan konsep Aman, Bebas dan Berkecuali
- Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara berfahaman komunis
- Menjamin persahabatan dengan semua negara terutamanya negara jiran.
- Malaysia mengadakan hubungan dilplomatik dengan Vietnam tahun 1976
Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi
- Dengan bantuan negara-negara jiran.




[Soalan Esei No 11. Terengganu 2013]


(a) Terangkan faktor-faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia. (8 markah)

(i) Faktor sejarah
- Hubungan dengan negara luar terjalin sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
- Hubungan lebih berbentuk hubungan perdagangan
- Pada masa itu telah terjalin hubungan Melayu serumpun di kepulauan Melayu
- Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai negara Komanwel
- Meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dengan negara Komanwel yang lain
Ancaman komunis mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis

(ii) Faktor Ekonomi
- Malaysia mengamalkan pasaran bebas
- Menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonomi
- Sejak zaman British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah
- Setelah merdeka, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut
Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing dari Jepun dan Korea digalakkan
- Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan negara-negara membangun dan negara Islam
- Meningkatkan pasaran barangan buatan Malaysia
-Mengadakan pelaburan di negara berkenaan

(iii) Faktor Politik
- Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri
- Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
Berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan piagam PBB
- Malaysia tegas dalam pendiriannya menyokong semua resolusi PBB

(iv) Faktor Geografi
- Malaysia mempunyai kedudukan strategik di Asia Tenggara
Bersempadan dengan kebanyakan negara di rantau ini
- Perairan menjadi lokasi utama kapal-kapal perdagangan dunia
- Meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia
- Keselamatan negara serantau

(v) Faktor Demografi
- Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduknya beragama Islam
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel
- Rakyat diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama
- Malaysia komited terhadap hak asasi manusia
- Menentang keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan



(b) Apakah faedah yang diperoleh hasil penyertaan Malaysia dalam pertububan ASEAN? (7 markah)

- Memastikan kestabilan politik
- Menjalinkan kerjasama dalam memajukan bidang pertanian
- Menjalin kerjasama perdagangan
- Membangunkan sektor perindustrian
- Meningkatkan taraf hidup penduduk hasil kerjasama pelbagai bidang dalam ASEAN
- Memastikan keamanan di rantau Asia Tenggara
Bebas daripada campur tangan asing
Meningkatkan hasil eksport negara
- Memajukan bidang penyelidikan
- Memajukan bidang pendidikan
Bekerjasama menjaga keselamatan di sempadan/perairan negara
- Meningkatkan KDNK negara
Penubuhan RECSAM di Pulau Pinang/ pusat serantau untuk sains dan matematik
- Menyelesaikan segala permasalahan melalui semangat kerjasama



(c) Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda dapat menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara serantau? (5 markah)

- Mengadakan hubungan diplomatik
- Mengutamakan semangat setiakawan
Tidak campur tangan dalam urusan negara jiran
Mengutamakan rundingan
- Menyertai sukan SEA/ kerjasama dalam bidang sukan
Mengadakan pertukaran pelajar di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi
Kerjasam dalam bidang kebudayaan
- Pertukaran maklumat
- Kerjasama dalam bidang keselamatan
Mengadakan kunjungan hormat


Salam mengulang kaji! :D

1 則留言: