Hijrah bermaksud berpindah, iaitu perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah. Perpindahan ini bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Islam dan merupakan salah satu strategi untuk menyebarkan Islam. Dalam sudut bahasa, hijrah bermaksud perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kejahatan.Hijrah juga merupakan lambang semangat ingin berubah seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku. Orientalis Barat pula menganggap bahawa hijrah merupakan pelarian.
(b) Jelaskan sebab hijrah terjadi. (8-10 markah)
Faktor penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah ialah perintah Allah menerusi wahyu. Orang Arab Quraisy berpakat untuk membunuh Nabi. Perkara tersebut mengenai surah al-Anfal. Selain itu, Nabi ingin meneruskan penyebaran Islam. Peristiwa hijrah merupakan langkah sebagai strategi untuk memperkukuh kedudukan Islam di Madinah. Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa suasana aman di Madinah akan memudahkan penyebaran dakwah Islamiah. Seterusnya, peristiwa hijrah berlaku keran nabi diperlukan untuk menyatupadukan penduduk Madinah yang tediri daripada berbilang bangsa dan agama. Nabi juga berhijrah disebabkan jemputan orang Aus dan Khazraj. Persengketan suku Aus dan Khazraj saling bertelangkah sesama kaum lain dan aktiviti perdagangan dikuasai oleh orang Yahudi. Masyarakat Madinah memerlukan pemimpin seperti Nabi untuk membantu menyelesaikan persengketan antara kedua-dua kaum. Akhir sekali, Nabi berhijrah ke Madinah kerana ingin mendirikan sebuah negara Islam.
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa hijrah? (4-6 markah)
Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, iktibar yang saya peroleh daripada peristiwa hijrah termasuklah kita haruslah berlatih menjadi pemimpin yang bijaksana dan bewibawa. Kita haruslah cekap mentadbir sesebuah negara. Perpaduan rakyat amat penting untuk mewujudkan keharmonian sesebuah negara. Kita juga haruslah bersikap terbuka untuk menerima apa-apa pandangan dan berpandangan jauh supaya bersedia menerima perubahan kepada negara tersebut. Kita juga haruslah bersikap toleransi antara satu sama lain supaya pertelingkahan dan perselisihan faham dapat dielakkan. Kita juga haruslah berilmu pengetahuan supaya dapat membangunkan sesebuah negara.
BONUS QUESTION
Orientalis barat menyatakan hijrah sebagai satu pelarian. Bincangkan. (4 markah)
- - Hijrah nabi dan orang Islam ke Madinah kerana jemputan masyarakat Madinah
- - Ketibaan orang Islam telah disambut dengan rela hati dan meriah
- -Orang Islam telah diberi tempat tinggal dan kediaman
- -Orang Islam telah dijamin kehormatannya
- - Nabi Muhammad sendiri telah dilantik sebagai pemimpin masyarakat Madinah
Salam mengulang kaji! :)
Thank you bro
回覆刪除