2013年11月21日 星期四

Dasar British & Kesannya Terhadap Ekonomi Negara (SPM Sejarah)

2. Dasar British dan Kesannya terhadap Ekonomi negara (BAB 10 Ting.4)

(a) Senaraikan 2 jenis undang-undang tanah yang telah diperkenalkan oleh penjajah tersebut. (2 markah)

i. Akta Tanah Simpanan Melayu
ii. Peraturan Tanah Perak 1879

(b) Jelaskan undang-undang tanah di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah. (2 markah)

i. tanah tersebut boleh diwarisi oleh generasi yang kemudian
ii. sistem pemilikan tanah tidak memiliki rekod sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.

(c) Mengapakah British memperkenalkan peraturan tanah yang baharu? (2 markah)

i. untuk memudahkan urusan pentadbiran
ii. untuk mengesahkan pemilikan tanah
iii. untuk membahagikan tanah mengikut nilai komersial

(d) Apakah kesan daripada pengenalan undang-undang tanah yang baharu ke atas masyarakat peribumi? (2 markah)

i. orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di kawasan Tanah Simpanan Melayu
ii. kawasan yang subur keluasannya terlalu kecil untuk menjalankan aktiviti penanaman

(e) Andaikan anda menjadi pemimpin masyarakat peribumi ketika itu, apakah tindakan yang akan anda ambil bagi mengelakkan tanah masyarakat peribumi terlepas ke tangan orang asing? (2 markah)

i. Menyatupadukan masyarakat peribumi untuk menentang pelaksanaan undang-undang tanah
ii. Menganjurkan persidangan antara pemimpin masyarakat peribumi dengan pihak orang asing untuk membincangkan kepentingan tanah tersebut kepada kedua-dua pihak dan mencapai satu cara penyelesaian yang saksama kepada mereka.

沒有留言:

張貼留言