2013年11月21日 星期四

Tamadun Hwang Ho (SPM Bahagian Struktur)

1(a) Berikan nama 2 buah dinasti yang pernah memerintah dalam tamadun Hwong Ho. (2 markah)
i. Dinasti Chou
ii. Dinasti Shang


(b) Senaraikan 2 sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia. (2 markah)
i. Sistem kalendar di mana 30 hari sebulan dan 360 hari setahun

ii. Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang

(c) Apakah yang telah dicapai oleh tamadun tersebut dalam bidang pertanian? (2 markah)
i. Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
ii. Pengenalan teknologi pembajakan seperti cangkul dan sabit

(d) Mengapakah pertanian penting dalam kemajuan sesebuah tamadun? (2 markah)
i. Sumber makanan masyarakat tamadun tersebut
ii. Meningkatkan ekonomi sesebuah tamadun

(e) Pada pendapat anda, apakah usaha yang telah dijalankan bagi memajukan bidang pertanian di Malaysia? (2 markah)
i. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian (R&D)
ii. Pertukaran teknologi dan maklumat dengan negara yang  maju dalam bidang pertanian

沒有留言:

張貼留言