2013年11月21日 星期四

Gerakan Islah (Tema 10 SPM Spot)

Apakah maksud Gerakan Islah? (6 markah)

- Gerakan Pan-Islamisme sedunia merupakan gerakan intelektual yang membangkitkan pemahaman terhadap Islam.
- Gerakan ini juga berjuang untuk menentang penjajahan Barat terhadap negara-negara lain.
- Pencetus gerakan ini ialah Syeikh Muhammad Abduh dan Universiti Al-Azhar Mesir
- Kesannya, penuntut dari Tanah Melayu telah membawa balik cara perjuangan ini di Tanah Melayu
- Perjuangan mereka dikenali sebagai Gerakan Islah (gerakan pembaharuan)
- Mereka berjuang untuk membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam
- Justeru, perjuangan Islam berlandaskan dunia dan akhirat
- Mereka yang berjuang dalam gerakan Islah ini dikenali sebagai Kaum Muda
- Antara tokoh-tokohnya ialah, Syeikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh Al-Hadi dan Dr.Burhanudin Al-Helmi



Nyatakan cadangan kaum Muda. (4 markah)

- Gesaan untuk memajukan ekonomi/pendidikan/politik/sosial orang Melayu
- Menyemat sikap mengkritik penjajah di fikiran orang Islam
Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
- Menekankan kepentingan belajar sejarah, ketukangan, perniagaan dan perubatan
- Menyarankan supaya ibu bapa menghantar anak perempuan ke sekolah.



Bagaimanakah cara Kaum Tua menyekat perjuangan Kaum Muda? (4 markah)

- NNM telah mengeluarkan undang2 bagi menghalang pengaruh kaum Muda
- Undang2 ini tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan
- Undang2 ini tidak membenarkan risalah/buku kaum Muda dibawa masuk ke NNM
- Kesannya, gerak Kaum Muda hanya terhad di negeri2 tidak bersultan




Bagaimanakah cara Kaum Muda memperjuangkan idea mereka? (4 markah)

- menubuhkan beberapa buah madrasah
- menjalankan sistem pendidikan Islam
- Pendidikan Islam meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat
- Memberi peluang pendidikan kepada pelajar perempuan
- Menggunakan akhbar sebagai saluran Gerakan Islah seperti akhbar Al-Iman, Neracha, Pengasuh, Idaran Zaman




Salam mengulang kaji :D

沒有留言:

張貼留言