2013年11月21日 星期四

Tamadun Hwang Ho (Tema 7 SPM Sejarah Spot)

Apakah yang anda faham mengenali sistem pemerintahan Tamadun Hwang-Ho? (8 markah)

- Dalam Tamadun Hwang Ho terdapat Dinasti Shang dan Dinasti Chou
- Pemerintahannya berbentuk pemerintahan beraja
- Pengganti raja ialah anak lelaki paling muda
- Percaya kuasa raja ialah mandat dari Tuhan
- Jika raja memerintah dengan adil, rakyat menikmati kemakmuran
Wabak penyakit dan bencana alam menggambarkan raja kehilangan mandat.
- Raja dibantu oleh golongan bangsawan
- Bangsawan mentadbir wilayah
- Bangsawan memerintah secara sendiri
- Mereka berhak mengutip cukai, pertahanan dan undang-undang
- Pembesar mesti mengakui taat setia kepada raja
- Sebagai tanda taat setia, pembesar akan menyediakan hadiah dan tentera kepada raja
- Antara barangan hadiah ialah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang


Terangkan kepercayaan masyarakat dalam Tamadun Hwang Ho. (8 markah)

- Dalam Tamadun Hwang Ho, mereka banyak mengamalkan kepercayaan seperti animisme dan politeisme.
- Mereke turut melakukan penyembahan roh nenek moyang
- Mereka juga mempercayai terdapat Tuhan syurga (Shang-Ti) dan Tuhan bumi (Tu)
- Mereka juga menyembah gunung, sungai dan bukit.
- Dalam upacara penyembahan melibatkan muzik, tarian dan upacara korban
- Upacara korban pula, diketuai oleh bomoh
- Terdapat jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura, dikenali tulang oracle
- Fungsi tulang oracle ialah membuat ramalan
- rekahan tulang oracle melahirkan tulisan ideogram


Tuliskan sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada masyarakat dunia. (8 markah)

- antara sumbangan Tamadun Hwang Ho ialah, gelaran raja ditukar menjadi maharaja
- Raja dikaitkan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
- Mereka juga mahir dalam sistem pengairan
- Terusan dibina untu mengairkan pertanian, juga untuk mengelakkan banjir
- Terdapat kemajuan dalam teknologi pembajakan seperti cangkul dan sabit
- Pengenalan penggunaan batas untuk tujuan penanaman
- Pengenalan sistem tulisan ideogram, tulisan ini berkembang menjadi tulisan Korea dan Jepun
- Unsur keagamaan yang kekal hingga sekarang ialah pemujaan roh nenek moyang
- Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui masih diamalkan dalam masyarakat cina
- Sistem kalendar di mana sebulan 30 hari dan setahun 360 hari setahun turut diperkenalkan
- Amalan menggunakan kalendar untuk upacara perkahwinan, berburu dan pengebumian
- Sun Tzu telah menghasilkan karya The Art Of War yang membicarakan selok-belok perang, dan kini digunakkan sebagai strategi perniagaan



KBKK: Nyatakan iktibar yang boleh diambil daripada kemajuan Tamadun Hwang Ho bagi menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang. (6 markah)

- Mempunyai pemimpin berwibawa
- Pentingnya kestabilan politik
- Mewujudkan pentadbiran yang licin
- Mengutamakan ajaran agama
- Memajukan bidang pertanian
- Memelihara warisan negara
- Mengekalkan keharmonian dalam masyarakat



Salam mengulang kaji :D

沒有留言:

張貼留言